Monday, August 24, 2009

Warkah Buat Saudara

Salam buat saudaraku di sana

Malam ini kulihat bintang
berkelip-kelipan
angin timur menjamah tubuh
aku kesejukan
cengkerik bersahutan
bernyanyi-nyanyi.

Apa khabar saudaraku di sana ???
masih dapatkah kau melihat kerlipan bintang
atau luncuran peluru berpandu
yang kau sangka sebutir komet
adakah tubuhmu dijamah kesejukan angin malam
atau bahang api roket dan motar
mampukah kau mendengar cengkerik bernyanyi
atau butiran peluru berlari-lari.

Mimpi ngeriku
tak sengeri malammu.

Bagaimanan saudaraku di sana ??
masih adakah kau
untuk menjawab salamku
untuk membaca warkahku

0 comments: